Info Masjid

INFO MASJID


Perutusan Nazir

Latar Belakang


Binaan

Bangunan masjid yang terletak di Jalan SG 1/26, Taman Seri Gombak ini dibina pada tahun 1983 merupakan masjid yang pertama dibina di Taman Seri Gombak yang pada asalnya dibina untuk jemaah penduduk sekitar Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3, Fasa 4 Taman Seri Gombak. Masjid yang dibina menggunakan batu bata konkrit,berdinding kayu dan beratapkan zink.

Masjid ini mempunyai satu aras ruang solat yang dilengkapi dengan permaidani dan kipas angin dan kini mempunyai aircond di ruang solat untuk keselesaan para jemaah mengerjakan ibadah.

Kemudahan

Antara kemudahan yang terdapat ialah ruang parkir yang luas, bilik ruang nikah, sekolah agama rakyat (KAFA). Keistimewaan Masjid ini setiap hari selepas maghrib diisi dengan program kuliah agama, Jurunikah bertauliah dari JAIS, program-program aktiviti masjid, tahlil dan doa selamat, ceramah perdana untuk semua para jemaah dibawah kariah Masjid Al-Ittifaqiyah.

-           
Maklumat Lanjut

No Pendaftaran Masjid: MY-10-GBK-00364
Nama Masjid: Masjid Al-Ittifaqiyah
Alamat: Jalan SG 1/26, Taman Seri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.



VISI


       Menjadikan masjid sebagai pusat ibadah dan pusat perkembangan ilmu sepanjang masa dari segi rohani dan jasmani sesuai dengan tuntutan Islam.
       Menyediakan prasarana yang kondusif untuk kemudahan masyarakat setempat.
       Menggalakkan kanak-kanak dan belia mengimarahkan masjid.
 Melaksanakan pengurusan masjid yang cemerlang

MISI

Masjid sebagai institusi masyarakat ke arah pembentukan ummah yang beriman dan bertaqwa

OBJEKTIF

MENYEDIAKAN MASJID SEBAGAI TEMPAT RUJUKAN MASYARAKAT BAGI MENYELESAIKAN SEBARANG MASALAH YANG DIHADAPI DAN MENJADI CONTOH TERBAIK YANG BOLEH DIIKUTI. MASJID TEMPAT MASYARAKAT MENDAPATKAN MAKLUMAT YANG TEPAT DAN ADIL.

MOTTO

“BERILMU, BERAMAL, BERDOA”